Ulasan buku Eh!!! Media
Sosial
Assalamualaikum...
Buku ini mengandungi lapan bab kesemuanya dan diterbitkan oleh Universiti
Malaysia Terengganu. Bab 1 menerangkan mengenai gambaran keseluruhan dalam
media sosial. Terdapat banyak sebab yang menarik oerhatian untuk menggunakan
media sosial ke dalam kelas bahasa. Selain itu, media sosial dilihat sebagai
sebuah medium berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber dalam kelas,
berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan pelajar. Bab 2 menerangkan
mengenai Twitter yang mudah diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi
terkini. Kajian telah menyatakan bahawa Twitter telah membantu dan memudahkan
kerja harian pengguna. Bab 3 pula menceritakan tentang penggunaan Facebook
sebagai satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam
perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan
tugas. Mengikut kajian yang dilakukan Facebook juga dapat membantu pembangunan
satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris kerana mereka dapat
membincangkan mengenai ini melalui video dan berbual dengan penutur asli
Inggeris (Kabilah et al. 2010). Bab 4
mencaritakan mengenai Instagram menyeronokkan dan kajian yang dilakukan
menunjukkan penggunaan Intasgram dapat membantu para pengguna menggunakan
bahasa ringkas dalam berkomunikasi dan mencipta cerita pendek. Bab 5 pula
mengenai E-mel masih popular pada masa kini dan kajian yang dilakukan terhadap
pelajar menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan
menggunakan E-mel memudahkan dan membantu pelajar tersebut. Selain itu,
penggunaan E-mel juga dapat membantu dan menyumbangkan kepada pembangunan,
penaiktarafan dan pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan
pengajaran bahasa. Bab 6 akan menceritakn tentang blog di dalam kelas bahasa
dan kajian dilakukan menunjukkan blog membantu pelajar untuk mempelajari
sesuatu benda atau teknologi dalam luar mahupun luar negara. Bab 7 menerangkan
mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Kajian lepas
menunjukkan kebanyakan pengguna menggunakan bahasa dan struktur ayat yang betul
di dalam rangkain sosial. Akhir sekali, implikasi pedagogi. Media sosial dan
rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan
secara spesifik untuk menambah baik prestasi
Rujukan:
Noraien Mansor. (2006). Collaborative
Learning via Email. Kuala Terengganu: UMT
Publisher
Publisher
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial.
Terengganu: Penerbit
UMT
UMT
Harga Buku: RM60.00 sahaja
No comments:
Post a Comment