Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019:DIRI

Assalamualaikum, 

Nama saya Ahmad Fikri Bin Hassan. Saya berasal daripada negeri Kelantan dan saya dilahirkan pada 15 Disember 1995. Saya mempunyai 10 adik beradik tetapi abang saya meninggal dunia sewaktu saya berumur 2 bulan. Saya merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik dalam keluarga. Keluarga saya berasal daripada kampung dan saya di besarkan dalam suasana kampung. Kehidupan keluarga saya hanya sederhana tidak lebih tidak kurang berbanding dengan keluarga di luarkan sana, tetapi keluarga kami sentiasa gembira dan bahagia dengan kehidupan kami.

Saya mendapat pendidikan awal persekolah di Taman Didikan Kanak-Kanak Kampung Serian. Seterusnya, saya telah menyambungkan pendidikan saya ke Sekolah Kebangsaan Dewan Beta dan teruskan pendidikan saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta. Sebelum saya melanjutkan pengajian saya di Universiti Putra Malaysia, saya mengambil Sijil Tinggi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong. 


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...