Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu




                                                             BUKU MEDIA SOSIAL

Etika Penulisan Blog
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Tajuk memainkan peranan peranan dalam menyampaikan sesuatu atau ingin berkongsi maklumat kepada pembaca. Hal ini demikian kerana pembaca akan melihat tajuk dahulu sebelum melihat isi dan huraian dalam sesuatu blog. Pembaca akan melihat sesuatu tajuk itu dari pelbagai segi ada pembaca melihat dari segi isu semasa, isu viral dan pelbagai lagi.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Cerita yang menarik dapat membuat seorang pembaca itu gembira ketika membaca blog. Jika penulis blog hanya menulis kisah yang menakutkan atau berita jenayah sahaja mungkin pembaca kurang untuk membaca tulisan blognya. Kebanyakan pembaca blog ini ingin melepaskan tekanan dan maklumat yang ingin diketahuinya melalui pembacaan blog. Oleh itu, penulis haruslah menulis cerita yang menarik dan mengikut isu semasa. 
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulis harus selit perkataan atau ayat yang kelakar dalam penulisan blognya supaya pembaca tidak merasakan seperti membaca bahan ilmiah. Ia juga boleh memberi satu titik permulaan untuk pembaca itu mengikuti perkembangan melalui penulisan blog. Hal ini demikian kerana pembaca inginkan kegembiraan ketika membaca bukan hanya maklumat yang diperolehi tetapi kepuasan ketika membacanya.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Hujah atau fakta perlu lah tepat dan betul supaya pembaca tidak akan kelitu dengan maklumat yang diperolehi. Penulis blog perlu mendapatkan kesahihan fakta tersebut sebelum menulis blog dan berkongsi di media massa. Sehubungan dengan itu, penulis juga perlu mendapatkan idea bernas dan yang paling penting tidak mengandungi unsur yang boleh mendatangkan kemarahan daripada mana-mana pihak. Oleh itu, penulis blog perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan beliau.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Isu-isu semasa perlu dikemaskini setiap masa supaya maklumat setiasa ada dan pembaca akan mengetahui setiap perkara yang terjadi. Penulisan perlu mengaitkan isu semasa di dalam penulisan blognya kerana setiap pembaca akan mencari maklumat yang terkini bukan maklumata yang telah lama terjadi. Oleh itu, maklumat atau cerita terkini perlu ditulis dalam blog untuk berkongsi dengan pembaca. Berita terkini penting untuk pembaca supaya mereka tahu berita yang terjadi sekarang. 
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan yang ringkas tidak membuat seorang pembaca itu cepat bosan. Penulisan perlu menyampaikan maklumat dengan menggunakan ayat yang ringkas tetapi sampai kepada isi yang ingin disampaikan kepada pembaca. Selalu pembaca kurang suka untuk membaca ayat yang panjang tambah dengan isi yang tidak menepati tajuk yang ingin disampaikan.Oleh itu, penulisan perlu pandai mencari perkataan yang ringkas tetapi padat dengan maksud yang tersendiri.
7. Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan yang baik ialah dapat dibaca dan difahami isi yang ingin disampaikan. Bukan penulisan yang ditulis panjang tetapi tidak menjurus kepada perkara yang ingin disampaikan. penulis perlu pandai memainkan saiz tulisan dan bentuk tulisan dalam penulisan mereka, ia akan menjejaskan penglihatan pembaca jika tulisan itu terlalu kecil dan terlalu besar utuk dibaca oleh pembaca.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Penulisa perlu pandai menarik pembaca untuk berkomunikasi dalam penulisan beliau. Sebagai contoh, penulis bertanya kepada pembaca, membuatkan pembaca berfikir sekejap untuk memikirkan soalan yang ditulis oleh penulis.Hal ini demikian kerana hubungan yang erat antara satu sama lain akan membawa kepada kebaikan. Oleh itu, penulis perlu menunjukkan sikap yang ingin bersaudara ketika menyampaikan atau berkongsi maklumat dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan  nilai estetika dalam penulisan anda.
Bahasa itu indah untuk diperkatakan., penulisan perlu pandai menggunakan bahasa yang indah di dalam penulisan blog mereka. Penggunaan bahasa yang baik menggambarkan perilaku seseorang itu. Penulis juga perlu selit sedikit sebanyak tentang moral yang dapat dalam penulisan ini untuk dijadikan pangalaman atau pengajaran kepada pembaca untuk masa akan datang. Sebagai contoh, penulis boleh menggunakan peribahasa dalam penulisan blognya untuk memberi pendapat tetapi dengan cara yang halus tanpa menjurus terus kepada masalah tersebut.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Ilmu itu luas tanpa mengira batas dan sempadan.Kebanyakan penulis blog akan berkongsi bukan sahaja maklumat tetapi pendidikan kepada pembaca untuk masa akan datang. Pembaca akan mendapat maklumat dan ilmu melalui pembacaannya dalam blog yang dikongsi oleh penulis. Tujuan penulisan sebenarnya adalah untuk memberi ilmu kepada pembaca untuk masa yang panjang tanpa mengira usia dan bangsa.   

        Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...