Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan ialah program kemasyarakat orang asli Kanaq di Bukit Tinggi Johor Bharu. Program ini diadakan bagi pelajar yang mengambil kursus sosiolinguistik, Semua pelajar yang mengambil kursus tersebut akan menyertai program khidmat masyarakat ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan masyarakat orang asli kanaq. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara kami iaitu pertandingan bola sepak, ziarah menziarahi keluarga orang kanaq dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan. Program sebegini perlu diadakan kerana pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang kehidupan masyarakat orang asli yang sebenar. Kehidupan mereka penuh dengan kegembiraan yang dapat pelajar saksikan dan masyarakat orang asli kanaq ini adalah seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan masyarakat biasa. Tambahan pula, suku kaum orang asli kanaq ini hampir tiada di atas muka bumi ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Akhir sekali, saya berharap masyarakat diluar sana membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka kerana mereka sangat istimewa di dunia ini yang tidak mempunyai bilangan yang ramai lagi.



                                 Gambar Kenangan Bersama Masyarakat Orang Asli Kanaq




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...