Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Bab 6
 Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum W.B.T

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal . Blog boleh digunakan untuk peribadi seperti jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklan produk.  Li & Chignell (2010) menyatakan bahawa blog merupakan satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, malah ia boleh bernteraksi dengan penulis blog yang lain.  Menulis blog adalah satu aktiviti yang berguna, malah ia mampu meningkatkan keyakinan menulis dan motivasi kepada pengguna lain. 

Menurut Williams (2004) blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar. Blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertangungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan (Wang & Woo 2008). 

Penulisan blog mampu untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Hal ini demikian kerana Zaini et al. (2012) menyatakan bahawa melaui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. McLeod (2001) menyatakan bahawa blog membantu pelajar atau menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasa dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahmi sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskan kepada orang lain.


Penulis perlu pandai mencari idea untuk selaraskan dengan berita terkini dan penulis perlu berhati-berhati dengan perkara yang sensitiviti yang lain. Seterusnya, penulisan blog haruslah ringkas, padat dan tepat supaya memudahkan pembaca untuk membaca penulisan dalam blog. Etika dalam penulisan perlu digunakan dalam penulisan blog supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Tambahan pula, penulisan yang baik mengandungi maklumat yang baik dan motivasi kepada pembaca di laman sosial. Keindahan bahasa juga perlu diterapkan dalam penulisan supaya artikel itu tidak terlalu serius untuk menyatakan pendapat.

Kesimpulannya, blog mengandungi perkara yangt baik dan buruknya tetapi ia bergantung kepada individu yang menggunakan akaun blog tersebut. Justeru itu, individu itu bertanggungjawab ke atas penulisan yangt ditulisnya itu.   

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...