Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


  • Buku ‘Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi’ merupakan buku yang menerangkan tentang strategi komunikasi dan teori dan aplikasi. Terdapat pelbagai bentuk yang disampaikan termasuk jalan cerita, jadual dan sebagai. Buku ini mengandungi 7 bab kesemuanya. Bab 1 menerangkan tentang wacana dan ia terbahagi kepada bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman setiap wacana tersebut dilihat sebagai satu perkara yang mudah apabila seseorang itu faham akan tujuan setiap wacana yang disampaikan. Tambahan pula, ia akan lebih jelas lagi apabila dihuraikan dengan lebih mendalam dan teliti. Bab 2 pula menceritakan mengenai teori dan pendekatan analisis wacana yang perlu dijelaskan secara terperinci supaya boleh digunakan dalam analisis data yang diperoleh. Lebih baik jika pemilihan teori dan pendekatan yang dipilih itu sesuai dan tepat diutamakan supaya huraian dan analisis data dapat difahami dengan jelas dan tepat. Selain itu, bab 3 akan menceritakan mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran dan ia terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.
  • Manakala, bab 4 pula tentang strategi komunikasi sebagai digunakan oleh pelajar dalam aktiviti seharian merekaa. Penggunaan strategi komunikasi ini memudahkan untuk berkomunikasi dua hala. Komunikasi amat penting dalam seharian kerana ia mampu mengubah individu berkenaan dalam cara berkomunikasi Seterusnya, bab 5 membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Dalam kajian ini menyatakan pendekatan startegi komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan yang boleh digunakan mengandungi 16 strategi komunikasi. Bab 6 ini akan membincangkan mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini supaya memberi implikasi terhadap rakya Malaysia terutama penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Akhir sekali, bab 7 mengenai cadangan kajian akan datang. Mungkin kajian seterusnya dilakukan oleh pengkaji luar bagi menambah baik dalam kajian lepas. Penulis buku berharap agar pengkaji luar mampu membuat penyelidik mengenai wacana dan strategi komunikasi secara lebih mendalam lagi. kajian yang dicadangakn adalah strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak untuk mengatasi masalah pemahaman bagi setiap perkataan, frasa dan ayat.
    Rujukan
    Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahsa. Terengganu: Penerbit UMT
    Normaliza Abd Rahim. (2018c). Model Penceritaan Melalui Cerita Kanak-kanak. Universiti
                  Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
    Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective
                  IUKL Research Journal, 7(1):111-16
    Harga Buku: RM 20.00



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...