Suatu Ketika
Assalamualaikum, suatu ketika dahulu aku pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi keluarga aku memberi semangat kepada aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringat yang lebih tinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan aku mendapat keputusan yang agak cemerlang berbanding dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Kini, aku berada di menara gading yang menjadi keinginan aku dahulu untuk membanggakan keluarga aku dan aku ingin membuktikan bahawa gagal sekali bukan bermakna gagal seumur hidup. Kalau hendak berjaya, seseorang itu perlu berusaha, disamping semangat yang diberikan oleh orang sekeliling untuk meningkatkan lagi semangat kepada orang itu. Jangan pernah melihat kegagalan seseorang itu tetapi lihat lah kejayaan yang dicapai pada masa kini. Usah melihat kejayaan sahaja tetapi lihat lah usaha yang ujian yang perlu dihadapi untuk mencapai ke tahap itu.
No comments:
Post a Comment