Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)


Video one shot two layer ini adalah video hanya memerlukan penyanyi dan pelakon sahaja. Video agak sukar untuk disiapkan kerana semua ahli kumpulan tidak pernah berlakon dan badan mereka semua keras seperti batu. Video ini bukan sekali rekod tetapi banyak kali rekod kerana macam saya cakap tadi pelakon badan keras.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/18lbmzyaH1o

BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)

Video ini adalah kali pertama saya menari dan badan pun beras lagi. Ini adalah video one shot one layer, dimana video ini menari sambil menyanyi. Kesukaran hendak melakukan video ini adalah saya tidak ingat cara pengerakan yang diingini.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/XxeW_1zDxFA

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay)


Tugasan kali ini adalah, kami perlu mengambil gambar  fotografi Flat Lay. Terdapat 4 flat lay iaitu barang, manusia, makanan dan minuman dengan pelbagai posisi yag berbeza. Kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini adalah jika tersalah posisi yang diambil maka kesemua gambar akan salah.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/ZYTkx91PhsI

BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Tugasan kali ini adalah, kami belajar untuk mengambil gaya gambar mengikut simpulan bahasa yang telah dipilih sendiri oleh kumpulan kami. Kesukarannya adalah kami ingin menyampaikan makna simpulan bahasa itu dalam gambar tanpa ada huraian. Jika penonton tidak pernah dengar simpulan bahasa tersebut makan agak susah untuk memahami watak dalam gambar tersebut. 

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/bZXbEb0RX5s


BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)


Kali ini tugasan mengambil gambar gaya potret dan swafoto dalam kumpulan. Dengan teknik yang betul akan membuat gambar akan mencari elok dan kalau salah posisi menjadi gambar anda tidak akan menjadi. Berswafoto kali ini bukan biasa-biasa sahaja, kami perlu kreatif dalam mengambil gambar. Jadi kalau hendak tahu lebih lagi sila tekan link di bawah.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/OfsQoOw3exs


BBM3410Satu2019: Fotografi 2 (Langgar Production)

   
Ini adalah tugasan pertama kumpulan Langgar Production lakukan. Pelbagai gambar yang menarik kami ambil mengikut Fotografi yang telah di ajarkan oleh Prof iaitu pemandangan, kabur objek, kabur haiwan, pendua cermin, pendua air, bayang manusia dan objek dan silhouette. Banyak cabaran perlu hadapi dan sabar dalam menyiapkan tugasan ini. Jika ingin tahu bagaimana cara untuk mengambil gambar cantik sila tekan link di bawah.


SELAMAT MENONTON


Monday, December 2, 2019

BBN3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Ulasan buku Eh!!! Media Sosial
Assalamualaikum...
Buku ini mengandungi lapan bab kesemuanya dan diterbitkan oleh Universiti Malaysia Terengganu. Bab 1 menerangkan mengenai gambaran keseluruhan dalam media sosial. Terdapat banyak sebab yang menarik oerhatian untuk menggunakan media sosial ke dalam kelas bahasa. Selain itu, media sosial dilihat sebagai sebuah medium berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan pelajar. Bab 2 menerangkan mengenai Twitter yang mudah diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi terkini. Kajian telah menyatakan bahawa Twitter telah membantu dan memudahkan kerja harian pengguna. Bab 3 pula menceritakan tentang penggunaan Facebook sebagai satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas. Mengikut kajian yang dilakukan Facebook juga dapat membantu pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris kerana mereka dapat membincangkan mengenai ini melalui video dan berbual dengan penutur asli Inggeris (Kabilah et al. 2010). Bab 4 mencaritakan mengenai Instagram menyeronokkan dan kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan Intasgram dapat membantu para pengguna menggunakan bahasa ringkas dalam berkomunikasi dan mencipta cerita pendek. Bab 5 pula mengenai E-mel masih popular pada masa kini dan kajian yang dilakukan terhadap pelajar menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan E-mel memudahkan dan membantu pelajar tersebut. Selain itu, penggunaan E-mel juga dapat membantu dan menyumbangkan kepada pembangunan, penaiktarafan dan pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan pengajaran bahasa. Bab 6 akan menceritakn tentang blog di dalam kelas bahasa dan kajian dilakukan menunjukkan blog membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu benda atau teknologi dalam luar mahupun luar negara. Bab 7 menerangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Kajian lepas menunjukkan kebanyakan pengguna menggunakan bahasa dan struktur ayat yang betul di dalam rangkain sosial. Akhir sekali, implikasi pedagogi. Media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk menambah baik prestasi
Rujukan:
Noraien Mansor. (2006). Collaborative Learning via Email. Kuala Terengganu: UMT
     Publisher
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit
      UMT
Harga Buku: RM60.00 sahaja

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...