Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami sendiri. Kami menggunakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan kalendar kami. Pada awalnya, agak susah untuk kami hasilkan satu kalendar yang lengkap tetapi bila lama dan pandai menggunakan Adobe Photoshop ini, kami semua berasa seronok bila dapat membuat kalendar ini. Terdapat 4 perkara yang wajib ada dalam kalendar kami iaitu backgroud belakang, kalendar 2020, kata-kata hikmah dan gambar saya atau orang terdekat. 


KALENDAR 2020

























BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (Individu)

Pada minggu ini, Prof memberi tugas untuk membuat satu video vlog mengenai makanan. Jadi saya dan kawan memilih untuk membuat vlog makanan dekat kedai makan Ramly Burger yang berada dekat Bukit Jalil, Selangor. Ramly Burger mempunyai banyak menu makanan yang boleh dipilih oleh pelanggan sendiri dan harga yang ditawarkan olehnya agak murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. Jadi apa kata anda tekan link di bawah ini untuk melihat sendiri situasi kedai Ramly Burger.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/UOvA1Z_6V-g

BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shot Three Layer- Saya Tahu)

Tugasan ini adalah berdasarkan lagu yang telah diberikan oleh Prof kami sendiri yang bertajuk 'Saya Tahu'. Kami perlu melakukan video one shot three layer dan melakonkan watak mengikut lirik lagu tersebut. Kesukaran kami untuk melakukan video ini adalah salah seorang daripada ahli kumpulan kami perlu melakonkan watak orang teristimewa. Lirik dalam lagu ini adalah mengisah tentang kehidupan keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa dan mereka tabah mengharungi liku-liku kehidupan masa depan.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/UOvA1Z_6V-g


Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: SwaFoto Bersama Prof (Instagram)

Instagram kali ini adalah saya dan ahli kumpulan yang lain perlu mencari prof untuk berswafoto bersama. Sewaktu saya berswafoto bersama prof ini adalah masa kumpulan saya kena bentang dalam bilik Prof, maklum lah kumpulan kami ini istimewa sikit. Walaupun kumpulan kami tidak bentang dua kali berturut-turut itu tidak menjadi masalah untuk Prof tersenyum selepas tengok video daripada kumpulan Langgar Production...

Senyum jangan tak senyum

BBM3410Satu2019: Emoji (Instagram)

Pada kali ini, Pensyarah kursus BBM3410 meminta kami semua meniru atau melakonkan semula gaya mengikut emoji yang dalam telefon. Pada akhirnya, emoji🤷🏻‍♂️ ni menjadi pilihan hati dan saya berfikir sejenak untuk memuaskan hati semua manusia itu susah jadi sudah memadai hanya memuaskan hati sendiri, 

Gaya tersendiri.

Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan Kalimat

Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat... tetapi akhirnya tinggal berapa hari sahaja lagi aku nak habis belajar di Universiti Putra Malaysia...

Semester 7 merupakan satu semester yang penuh dengan corak yang berbeza daripada semester-semester yang lepas, pelbagai yang harus dihadapi dalam kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.

Kursus ini mengajar banyak erti persahabatan, kerjasama, displin, bertolak ansur dan paling penting belajar aku untuk berlakon. Tugasan tk usah cakap memang terlalu banyak untuk disiapkan dalam masa yang singkat tetapi apakan daya aku untuk menolaknya melainkan aku redha untuk semua ini.

Kelas amali multimedia pula di ajar oleh En Akmal yang banyak membantu aku dalam menyiapkan tugasan amali dan mengajar aku menggunakan blog, twitter, fabcebook, adobe photoshop dan pelbagai lagi. Daripada aku tidak pandai dalam dunia pengeditan ini kini alhamdulilah aku semakin pandai untuk mengedit. 
Banyak juga terasa hati dengan kawan-kawan satu kumpulan tipu lah kalau tak terasa dengan perangai masing-masingkan tetapi tidak mengapa itu semua pengalaman yang boleh dicontohi pada masa hadapan. Tetapi aku memilih suka berbanding duka dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza ini kerana Prof dalam beliau garang tetapi terselit dicelah hatinya ada taman-taman bunga.

Akhir kata daripada aku, kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa satu subjek yang paling best dan cool je dan aku ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Bt Abdul Rahim, Encik Akmal dan kawan-kawan Bahasa Linguistik Melayu kerana berjaya mengharungi satu semester bersama-sama... Tahniah untuk semua🌹

Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: Video 14 ( Video Tragedi dan Seram Kawan Baik)


Video kali kumpulan Langgar Production perlu melakonkan sebuah kisah seram dan tragedi. Pelbagai rintangan untuk menyiapkan video menyebabkan ini kerana kami perlu melakonkan watak mayat yang sudah dikembumikan dan ia di gali balik kerana kawannya terlalu sayang terhadapnya. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh tekan link yang tersedi di bawah. 

Selamat menonton
https://youtu.be/xC38WsJ04TI

BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temu Bual Pensyarah Dan Pelajar)

Video ini adalah vlog temubual bersama pensyarah dan pelajar untuk menanyakan tentang penggunaan multimedia oleh mereka dalam pembelajaran seharian. Terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab oleh mereka mengenai multimedia dalam bahasa ini.


https://youtu.be/mBeLtyp7JPg

BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)

Tugasan kali ini, setiap kumpulan perlu melukiskan enam jenis sabun serbuk untuk di iklan kepada pengguna di luar sana. Mencipta barang baharu bukan senang seperti membeli barang yang sudah siap. Kami satu kumpulan perlu berfikir untuk mencipta sabun produk kami sendiri dan perlu menarik minat Prof Dr Normaliza sendiri untuk membelinya. Itu bukan mudah seperti anda sangkakan.

https://youtu.be/YRVesdLW9IU

BBM3410Satu2019: Video 11 (Video Fokus Senjata)

Tugasan kali ini adalah setiap kumpulan perlu melakonkan video fokus. Video fokus ini adalah hanya memfokuskan kepada satu benda sahaja tanpa memfokuskan kepada benda yang lain. Yang paling susah adalah kerana video ini tidak boleh nampak wajah manusia. Kami satu kumpulan perlu melakukan dengan teliti dan cermat supaya video yang dihasilkan tidak bermasalah.

 SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/FPBEKCIDhhM

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial 2 (Instagram)

Sambungan... Bab 5 pula mengenai E-mel masih popular pada masa kini dan kajian yang dilakukan terhadap pelajar menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan E-mel memudahkan dan membantu pelajar tersebut. Selain itu, penggunaan E-mel juga dapat membantu dan menyumbangkan kepada pembangunan, penaiktarafan dan pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan pengajaran bahasa. Bab 6 akan menceritakn tentang blog di dalam kelas bahasa dan kajian dilakukan menunjukkan blog membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu benda atau teknologi dalam luar mahupun luar negara. Bab 7 menerangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Kajian lepas menunjukkan kebanyakan pengguna menggunakan bahasa dan struktur ayat yang betul di dalam rangkain sosial. Akhir sekali, implikasi pedagogi. Media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk menambah baik prestasi
Rujukan:
Noraien Mansor. (2006). Collaborative Learning via Email. Kuala Terengganu: UMT  Publisher
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit  UMT
Harga Buku: RM60.00 sahaja

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial 1 (Instagram)


Ulasan buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum...
Buku ini mengandungi lapan bab kesemuanya dan diterbitkan oleh Universiti Malaysia Terengganu. Bab 1 menerangkan mengenai gambaran keseluruhan dalam media sosial. Terdapat banyak sebab yang menarik oerhatian untuk menggunakan media sosial ke dalam kelas bahasa. Selain itu, media sosial dilihat sebagai sebuah medium berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan pelajar. Bab 2 menerangkan mengenai Twitter yang mudah diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi terkini. Kajian telah menyatakan bahawa Twitter telah membantu dan memudahkan kerja harian pengguna. Bab 3 pula menceritakan tentang penggunaan Facebook sebagai satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas. Mengikut kajian yang dilakukan Facebook juga dapat membantu pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris kerana mereka dapat membincangkan mengenai ini melalui video dan berbual dengan penutur asli Inggeris (Kabilah et al. 2010). Bab 4 mencaritakan mengenai Instagram menyeronokkan dan kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan Intasgram dapat membantu para pengguna menggunakan bahasa ringkas dalam berkomunikasi dan mencipta cerita pendek. 

BBM3410Satu2019: Keberkatan (Instagram)

Tugasan kali ini adalah setiap daripada kami perlu mengambil satu gambar yang mengisahkan keberkatan dalam kehidupan. Bagi saya “KEBERKATAN” mencari ilmu itu perlu ada dalam diri seorang pelajar supaya nanti ilmu yang dipelajari tidak mudah hilang dan keberkatan bersama “Guru” juga perlu supaya mudah untuk menerima segala ilmu yang dicurah oleh guru tersebut. Jadi disini keberkatan itu perlu dalam kehidupan untuk memudahkan urusan kita di dunia mahupun akhirat.

BBM3410Satu2019: Ibu (Instagram)

Tugasan kali ini adalah tentang IBU, dimana kami perlu menulis satu dialog bercakap bersama Ibu tentang kehidupan apa-apa sahaja.

Ini MA... bidadari saya, nyawa, jantung, hati semua ada dekat orang ini,
Me: Assalamualaikum ma
Ma: Waalaikumusalam
Me: Ma adik perikso minggu ni tu
Ma:  Takpe nanti ma tiup sikit...fuh fuh fuh
Me: Ma, adik runsing lalu klu perikso gak
Ma: Gitu sokmo doh adik gak, klu perikso sokmo takut, lpas perikso gak xdop gpoe doh lah, xpoe nanti ma maye hajat, pkul brape perikso tu?
Me: Hari selasa adu duo ketah, pkul 10-12 ng 2-4...
Ma: Boleh tu, keno baco lah klu dop baco dop jadi kijo jugok
Me: Hehehehe... baco doh ni ma

Ma senyum memang sehabis manis untuk semua orang dan Aku di ajar untuk senyum dalam apa jua keadaan sekali kadang-kadang air mata mengalir keluar kalau melihat gambar Ma...
Aku rindu sangat nak berbual dengan ma macam ni, nak mengadu sakit, nak cakap aku takut kalau masa nak periksa tapi apa kan daya aku, ini hanya semua kenangan yang aku mampu ingat untuk sepanjang kehidupan aku di dunia tapi percaya lah aku rindu sangat nak berbual dengan ma, nak peluk ma, nak salam ma, nak cium ma, nak pusing2 naik muto, nak masak dan semua berkaitan dengan ma... insyaAllah ma, adik sokmo doakan ma dan kita berdua bertemu di sana nanti... semoga Allah makbulkan doa adik ni,


BBM3410Satu2019: Ringkasan Buku Bahagian 2 (Instagram)

Sambungan...
Manakala, bab 4 pula tentang strategi komunikasi sebagai digunakan oleh pelajar dalam aktiviti seharian merekaa. Penggunaan strategi komunikasi ini memudahkan untuk berkomunikasi dua hala. Komunikasi amat penting dalam seharian kerana ia mampu mengubah individu berkenaan dalam cara berkomunikasi Seterusnya, bab 5 membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Dalam kajian ini menyatakan pendekatan startegi komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan yang boleh digunakan mengandungi 16 strategi komunikasi. Bab 6 ini akan membincangkan mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini supaya memberi implikasi terhadap rakya Malaysia terutama penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Akhir sekali, bab 7 mengenai cadangan kajian akan datang. Mungkin kajian seterusnya dilakukan oleh pengkaji luar bagi menambah baik dalam kajian lepas. Penulis buku berharap agar pengkaji luar mampu membuat penyelidik mengenai wacana dan strategi komunikasi secara lebih mendalam lagi. kajian yang dicadangakn adalah strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak untuk mengatasi masalah pemahaman bagi setiap perkataan, frasa dan ayat.


BBM3410Satu2019: Ringkasan Buku Bahagian 1 (Instagram)

Tugsan kali ini, kami satu kelas perlu membuat ringkasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

“Ringkasan buku”

Buku ‘Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi’ merupakan buku yang menerangkan tentang strategi komunikasi dan teori dan aplikasi. Terdapat pelbagai bentuk yang disampaikan termasuk jalan cerita, jadual dan sebagai. Buku ini mengandungi 7 bab kesemuanya. Bab 1 menerangkan tentang wacana dan ia terbahagi kepada bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman setiap wacana tersebut dilihat sebagai satu perkara yang mudah apabila seseorang itu faham akan tujuan setiap wacana yang disampaikan. Tambahan pula, ia akan lebih jelas lagi apabila dihuraikan dengan lebih mendalam dan teliti. Bab 2 pula menceritakan mengenai teori dan pendekatan analisis wacana yang perlu dijelaskan secara terperinci supaya boleh digunakan dalam analisis data yang diperoleh. Lebih baik jika pemilihan teori dan pendekatan yang dipilih itu sesuai dan tepat diutamakan supaya huraian dan analisis data dapat difahami dengan jelas dan tepat. Selain itu, bab 3 akan menceritakan mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran dan ia terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

BBM3410Satu2019: Kegembiraan (Minggu10 Instagram2)

Kali ini kami semua perlu mengambil gambar sewaktu gembira atau menunjukkan wajah yang ceria sewaktu bergambar. Bagi saya 'Kegembiraan' itu datang tanpa diduga dan boleh pergi bila-bila masa, jadi gunakan lah sebaik mungkin apa yang ada sekarang. Akhir sekali, kegembiraan manusia tidak sama antara satu sama lain.


BBM3410Satu2019: Kelegaan (Minggu 10 Instagram1)

Tugasan kali ini adalah gambar kelegaan. Pada gambar ini diambil saya berasa sangat lega apabila kumpulan kami tidak ditembak dengan bertubi-tubi. Akhirnya, fuhhh lega rasanya bila habis sesi pembentangan kuliah Dr Norazlina ni, lega dapat jalankan tugas sebagai tuan kedai makan dekat Sri Serdang. Alhamdulilah satu persatu Allah permudahkan urusan.


BBM3410Satu2019: Ketenangan (Minggu 9 Instagram)

Minggu ini, kami satu kelas perlu mengambil gambar yang menggambarkan ketenangan. Jadi saya memilih untuk ambil gambar di masjid yang menggambarkan ketenangan apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dan melakukan perkara yang boleh menenangkan hati seperti berzikir dan sebagainya. Hanya tempat ini yang aku cari untuk tenangkan diri, apa-apa masalah sekali pun mesti ada jalan penyelesaian, cari lah jalan yang mampu membaiki kesemuanya.

KETENANGAN

BBM3410Satu2019: Keredhaan (Minggu 9 Instagram)

Tugasan kali ini adalah mengambil gambar keredhaan. Jadi saya mengambil gambar bersama Buku subjek Multimedia Dalam Bahasa ini  kerana ia selalu ada bersama dengan saya sebab kerja yang diberi oleh Prof setiap minggu ada. Apa boleh buat, dari awal sem Prof cakap, aku kena redha dengan subjek ni, memang betul-betul redha dah ni.

KEREDHAAN

BBM3410Satu2019: Minggu 6 (Instagram dua)

Dalam kehiudpan kita ini perlu pandai bersyukur tidak kira dengan apa masalah sekali pun yang mendatang, kita harus ingat bahawanya Allah tidak bebankan manusia itu tanpa mereka mampu, jadi kalau Allah hadirkan ujian itu untuk kita bahawanya kita mampu untuk menyelesaikan. Allah selalu bersama orang sabar. 


BBM3410Satu2019: Minggu 6 (Instagram satu)

Bukan mudah untuk hidup dalam dunia yang penuh penipuan ini. Semakin hari semakin banyak perkara yang dijadi didunia ini tanpa sebab, jika lihat dunia sekarang ini banyak sangat penipuan yang berlaku tidak dalam apa bidang sekali pun pasti ada penipuan yang berlaku tanpa kita sedar.


BBM3410Satu2019: Aktiviti 2 Tip Untuk Belajar Dengan Mudah (Instagram)

Tugasan pada kali ini, kami satu kelas perlu menyediakan satu tip untuk memudahkan para pelajar untuk belajar dan seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka.

“Tip Untuk Belajar Dengan Mudah”

BBM3410Satu2019: Minggu 4 Asas Fotografi (Instagram)

Pada kali ini kami satu kumpulan perlu mengambil gambar kumpulan dan mengikut asas fotografi yang ada dalam Multimedia Dalam Bahasa. Berpeluh itu biasa tetapi ia mendatangkan kepuasan melihat sahabat langgar production tersenyum, 1 2 3 chakkkk.


BBM3410Satu2019: Langgar Production (Instagram)

Ini adalah kumpulan “Langgar Production” yang mengegarkan dunia dengan video dan tugasan kami. Jadi tunggu Kemunculan kami.

Tidak kira siapa yang datang, kami akan langgar bersama-sama

BBM3410Satu2019: Aktiviti 1 (Instagram)

Tugasan pada kali ini adalah menulis tentang pengalaman yang pernah alami, tidak kira pengalaman apa yang pernah saya alami. Jadi disini saya menulis tentang pengalaman saya bersama orang Asli Kanaq yang berada di Kota Tinggi, Johor. Meraka ini hanya tinggal dalam keadaan yang sederhana sahaja dan bekerja kampung seperti memungut hasil hutan. Kehidupan mereka sangat pemalu orangnya, tidak suka bergaul dengan masyarakat lain. Ini adalah pengalaman terbaik dan  pertama saya untuk bertemu dengan orang Asli Kanaq.

Pengalaman yang terbaik pernah alami.


BBM3410Satu2019: Buku wacana: Nenek dan Datuk (Instagram)

Buku Wacana: Nenek dan Datuk



BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog (Buku Media Sosial) (Instagram)

Etika Penulisan Blog dalam Buku Media Sosial


BBM3410Satu2019: Erti Redha (Instagram)

188151, 2019 tahun yang paling sedih hidup ku tetapi apa kan daya, aku hanya manusia biasa tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terima dan redha dengan ketentuan yang telah tertulis. Kebetulan kursus BBM3401 Multimedia Dalam Bahasa telah mengajar aku tentang redha...



BBM3410Satu2019: Fotografi 6 (Flat Lay Individu)


Tugasan kali ini adalah tugasan individu, dimana setiap orang perlu mengambil 11 jenis makanan mengikut gambar Flat Lay. Jadi kesukaran saya disini adalah untuk mengambil gambar makanan jika berada di kedai makanan dan saya terpaksa buat muka tidak bersama untuk mengambil gambar makanan depan orang.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/slak3MAW_MU

BBM3410Satu2019: Multimedia Video 10 (Vlog Konvokesyen Upm 2019)


Tugasan seterusnya adalah vlog. Kami satu kumpulan perlu membuat vlog mengenai Pesta Konvo UPM yang kali ke 43. Dalam vlog ini kami perlu memperkenalkan fakulti kami iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Selain itu, kami perlu menemu bual pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran mereka dan menemu bual ibubapa yang datang ke Pesta Konvo UPM bagi meraikan anak-anak mereka.

https://youtu.be/d0lX_xJvUrg

BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)


Kumpulan Langgar Production perlu menyiapakn tugasan video one shot three layer. Tetapi bagaimana cara untuk merekod video ini. Video ini perlu ada penyanyi, pelakon dan benda yang bergerak secara semula jadi atau benda yang tidak dijangka-jangka. Kesukaran untuk melakukan video  ini adalah mencari tempat yang sesuai untuk melakukannya. 

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/FZheC-xE_ZM

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)


Video one shot two layer ini adalah video hanya memerlukan penyanyi dan pelakon sahaja. Video agak sukar untuk disiapkan kerana semua ahli kumpulan tidak pernah berlakon dan badan mereka semua keras seperti batu. Video ini bukan sekali rekod tetapi banyak kali rekod kerana macam saya cakap tadi pelakon badan keras.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/18lbmzyaH1o

BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)

Video ini adalah kali pertama saya menari dan badan pun beras lagi. Ini adalah video one shot one layer, dimana video ini menari sambil menyanyi. Kesukaran hendak melakukan video ini adalah saya tidak ingat cara pengerakan yang diingini.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/XxeW_1zDxFA

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay)


Tugasan kali ini adalah, kami perlu mengambil gambar  fotografi Flat Lay. Terdapat 4 flat lay iaitu barang, manusia, makanan dan minuman dengan pelbagai posisi yag berbeza. Kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini adalah jika tersalah posisi yang diambil maka kesemua gambar akan salah.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/ZYTkx91PhsI

BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Tugasan kali ini adalah, kami belajar untuk mengambil gaya gambar mengikut simpulan bahasa yang telah dipilih sendiri oleh kumpulan kami. Kesukarannya adalah kami ingin menyampaikan makna simpulan bahasa itu dalam gambar tanpa ada huraian. Jika penonton tidak pernah dengar simpulan bahasa tersebut makan agak susah untuk memahami watak dalam gambar tersebut. 

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/bZXbEb0RX5s


BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)


Kali ini tugasan mengambil gambar gaya potret dan swafoto dalam kumpulan. Dengan teknik yang betul akan membuat gambar akan mencari elok dan kalau salah posisi menjadi gambar anda tidak akan menjadi. Berswafoto kali ini bukan biasa-biasa sahaja, kami perlu kreatif dalam mengambil gambar. Jadi kalau hendak tahu lebih lagi sila tekan link di bawah.

SELAMAT MENONTON
https://youtu.be/OfsQoOw3exs


BBM3410Satu2019: Fotografi 2 (Langgar Production)

   
Ini adalah tugasan pertama kumpulan Langgar Production lakukan. Pelbagai gambar yang menarik kami ambil mengikut Fotografi yang telah di ajarkan oleh Prof iaitu pemandangan, kabur objek, kabur haiwan, pendua cermin, pendua air, bayang manusia dan objek dan silhouette. Banyak cabaran perlu hadapi dan sabar dalam menyiapkan tugasan ini. Jika ingin tahu bagaimana cara untuk mengambil gambar cantik sila tekan link di bawah.


SELAMAT MENONTON


BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...