Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Bab 6
 Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum W.B.T

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal . Blog boleh digunakan untuk peribadi seperti jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklan produk.  Li & Chignell (2010) menyatakan bahawa blog merupakan satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, malah ia boleh bernteraksi dengan penulis blog yang lain.  Menulis blog adalah satu aktiviti yang berguna, malah ia mampu meningkatkan keyakinan menulis dan motivasi kepada pengguna lain. 

Menurut Williams (2004) blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar. Blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertangungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan (Wang & Woo 2008). 

Penulisan blog mampu untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Hal ini demikian kerana Zaini et al. (2012) menyatakan bahawa melaui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. McLeod (2001) menyatakan bahawa blog membantu pelajar atau menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasa dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahmi sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskan kepada orang lain.


Penulis perlu pandai mencari idea untuk selaraskan dengan berita terkini dan penulis perlu berhati-berhati dengan perkara yang sensitiviti yang lain. Seterusnya, penulisan blog haruslah ringkas, padat dan tepat supaya memudahkan pembaca untuk membaca penulisan dalam blog. Etika dalam penulisan perlu digunakan dalam penulisan blog supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Tambahan pula, penulisan yang baik mengandungi maklumat yang baik dan motivasi kepada pembaca di laman sosial. Keindahan bahasa juga perlu diterapkan dalam penulisan supaya artikel itu tidak terlalu serius untuk menyatakan pendapat.

Kesimpulannya, blog mengandungi perkara yangt baik dan buruknya tetapi ia bergantung kepada individu yang menggunakan akaun blog tersebut. Justeru itu, individu itu bertanggungjawab ke atas penulisan yangt ditulisnya itu.   

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: Tip Belajar Dengan Mudah

Tip Belajar Dengan Mudah

Usaha Tangga Kejayaan
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih




Semoga Berjaya Dunia Akhirat...

BBM3410Satu2019: Suatu Ketika

Suatu Ketika


Assalamualaikum, suatu ketika dahulu aku pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi keluarga aku memberi semangat kepada aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringat yang lebih tinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan aku mendapat keputusan yang agak cemerlang berbanding dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Kini, aku berada di menara gading yang menjadi keinginan aku dahulu untuk membanggakan keluarga aku dan aku ingin membuktikan bahawa gagal sekali bukan bermakna gagal seumur hidup. Kalau hendak berjaya, seseorang itu perlu berusaha, disamping semangat yang diberikan oleh orang sekeliling untuk meningkatkan lagi semangat kepada orang itu. Jangan pernah melihat kegagalan seseorang itu tetapi lihat lah kejayaan yang dicapai pada masa kini. Usah melihat kejayaan sahaja tetapi lihat lah usaha yang ujian yang perlu dihadapi untuk mencapai ke tahap itu. 



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird Eyes View Langgar Production

Bird Eyes View





Cukup lengkap dengan apa yang ada di dunia ini, manusia harus pandai menghargai dengan apa yang mereka miliki sekarang ini jangan pernah merosakkan keindahan ini.



Tidak semua manusia satu kepala dengan kita, ada sahaja yang bertentangan dengan kita tetapi mereka juga mempunyai tujuan yang tersendiri untuk merek capai. Jalan Dua Hala




Kejayaan demi kejayan telah dicapai oleh negara Malaysia, semoga suatu hari nanti capai untuk menjadi negara maju setanding negara-negara diluar sana.


Langgar Production

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder Langgar Production

Over The Shoulder





Zaman sekarang sebelum makan kena ambil gambar makanan dahulu sebelum makan untuk diri sendiri, kita bagi makan dengan orang lain dahulu melalui teknologi viral.



Seni bina yang cantik mampu untuk menarik pelancong luar negara datang ke negara ini. Pelancong dari negara India sudah datang, anda bila lagi.



Kawan mempunyai pelbagai ragam, oleh itu perlu pandai memilih kawan yang mampu berjalan bersama-sama bukan yang pergi meninggalkan kita bersendirian.


Langgar Production


 

BBM3410Satu2019: MugShot Langgar Production

MugShot





Muka gembira penuh dengan tanda tanya, yang bermain di minda.

Muka garang tidak semestinya seorang yang pemarahkan.



Muka yang baik tidak semestinya baikkan.


Langgar Production

BBM3410Satu2019: Medium Shot Langgar Production

Medium Shot

Manusia





Hidup perlu gembira walaupun pelbagai masalah yang datang, senyum selagi boleh sebab senyum itu adalah satu sedekah.
 


Tengok sahaja badan sado tetapi dalam hati ada taman yang perlu dihiasi oleh seorang perempuan yang mampu menjaga, mengajar dan terima seadanya.



Melanggar peraturan dunia bukan menjadi kesalahan yang besar kerana peraturan Allah itu lagi besar daripada segala peraturan.  

Manusia dan Pemandangan



Taman ini indah bukan kerana bunga atau daun tetapi dihiasi oleh seorang wanita yang telah menyejukkan mata apabila melihat taman ini.




Peribahasa ada mengata 'Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa. Pemuda itu pernah menjadi saksi sudah tentu banyak pengalaman hidup yang pernah dialami oleh nya.





Gambar ini menunjukkan dua alat perang yang berbeza tetapi mempunyai kesan yang sangat berkesan sepanjang itu mereka.  


Langgar Production

BBM3410Satu2019: Long Shot Langgar Production

Long Shot

Long Shot merupakan satu cara teknik pengambilan gambar dengan area frame yang lebar dari sudut yang jauh.

Manusia





Sahabat yang baik adalah sahabat yang datang apabila susah dan senang walaupun mempunyai pilihan jalan yang berbeza.



Menghilangkan diri buat sementata waktu untuk menikmati keindahan dan suasana yang aman agar diri ini tidak berasa kosong kerana Maha Pencipta selalu dekat dengan hambaNya.



Hidup ini penuh dengan misteri yang belum pernah kita alami kerana kita jangka benda ini yang terjadi tetapi benda lain yang terjadi. Tengok sahaja jalan yang lurus tetapi belum tentu boleh berjalan begitu mudah tanpa ada halangan untuk sampai ke penghujungnya.
Pemandangan



Hidup ini mempunyai banyak cabang untuk menjadi pilihan masing-masing tidak ada paksaan untuk memilih jalan yang mana tetapi harus ingat hidup bukan hanya di dunia tetapi akhirat juga ada menanti.

Walaupun jalan itu sunyi tanpa ada orang lain menggunakannya tetapi kita harus berjaga-jaga supaya tidak terlalai dengan kelakuan yang kita buat.


Dunia semakin canggih dengan teknologi yang terkini tetapi manusia lupa akan kesan pada suatu hari nanti. Bangunan tinggi menjadi kebanggaan seluruh rakyat dalam negara itu.


Langgar Production

BBM3410Satu2019: Close-Up Langgar Production

Close Up

Nampak muka tersenyum dan gembira dalam hati tidak ada siapa yang tahu perasaan yang sebenar telah di alami olehnya. Susah dan senang dia sahaja yang tahu.
 


Kadang-kadang perasaan tidak puas hati itu datang tanpa kita sedari dan muka kita akan berubah tanpa pengetahuan diri sendiri. Di sini tiada siapa salah dan tiada siapa yang betul.



Perasaan bila orang yang diminati berjalan depan mata dan orang itu tidak pedulikan kita. 



Bunga kertas siapa tidak dengan kecantikan yang ada padanya tetapi bukan senang untuk mengambil kerana batang mempunyai duri yang perlu ditempuhi dahulu sebelum mengambilnya.



Makanan yang sedap dan mahal  tetapi tidak kena dengan selera tekak sendiri tidak ada gunanya. 



Satu alatan yang boleh mengukir kenangan bersama orang tersayang walaupun orang itu tidak ada lagi di dunia ini.


LanggarProduction



BBM3410Satu2019: Kalendar Adobe Photoshop

Pada minggu akhir-akhir pada sem ini, kami semua diajar oleh En. Akmal dalam kelas amali multimedia untuk menghasilkan satu kalendar kami s...